Intel Extreme Masters PyeongChang Diumumkan Bersempena Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk

Walaupun esukan masih belum dipertandingkan untuk sukan Olimpik, impian tersebut kini semakin menghampiri kenyataan apabila Intel mengumumkan kejohanan Intel® Extreme Masters PyeongChang yang akan diadakan bersempena dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang, Februari depan.

Sebagai lanjutan daripada rakan kerjasama 'The Olympic Partners Worldwide' dan sokongan daripada International Olympic Committee (IOC), dua permainan akan dipertandingkan iaitu Starcraf 2 dan Steep™ Road to the Olympics, sebuah permainan sukan aksi daripada Ubisoft.

Intel juga akan membuka kiosk khas mendemonstrasi permainan interaktif membolehkan peserta dan pengunjung sukan Olimpik untuk bermain permainan Steep™ Road to the Olympics.

Sumber : Intel Extreme Masters

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.