Fnatic - Wakil Asia Tenggara Di Kejohanan Major Dreamleague Musim Ke-8

Selepas mengambil Abed sebagai pemain carry baharu mereka, prestasi pasukan Fnatic nampaknya semakin bertambah baik apabila berjaya menjadi wakil rantau Asia Tenggara di kejohanan Major Dreamleague Musim Ke-8 yang akan berlangsung di Jönköping, Sweden.

Pasukan yang diketuai oleh EternalEnvy itu menewaskan pasukan TNC Gaming pada perlawanan akhir dengan keputusan akhir 2-1. Abed, pemain pertama yang berjaya mencapai 10,000 MMR mempersembahkan permainan menakjubkan dengan melakukan beberapa aksi hebat membantu pasukan Fnatic memenangi pertarungan di dalam perlawanan tersebut.

Dreamleague Musim Ke-8 akan berlangsung pada 1 sehingga 3 Disember ini melibatkan 8 pasukan iaitu Team Secret, Natus Vincere, Team Liquid, Virtus Pro, Newbee, Fnatic, Infamous dan Evil Geniuses. Kejohanan bertaraf major ini akan menawarkan hadiah sebesar $1,000,000 dan 1500 mata kelayakan Pro Circuit.


Sumber Foto : Monster Gaming

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.