Fnatic Dota : Abed Ganti Xcalibur - Adam Ganti ADTR

Fnatic hari ini mengumumkan bahawa pasukan itu telah mendapatkan pemain pertama yang berjaya mencecah 10,000 MMRAbed 'Abed' Azel L. Yusop sebagai pemain carry pasukan itu mengantikan Steve ‘Xcalibur’ Ye. Namun begitu, Xcalibur akan kekal bersama Fnatic buat pada masa ini sebagai pemain gantian.

Selain daripada itu, Fnatic turut sama mengesahkan bahawa Adam ‘Adam’ Shah atau dikenali sebagai 343 sebelum ini turut menyertai Fnatic sebagai jurulatih baharu pasukan mengantikan Ahmad 'ADTR' Syazwan. Adam sebelum ini pernah bermain bersama pasukan Fnatic semasa mereka berjaya memperoleh tempat ke-4 di Kejohanan The International 6 lalu.


Sumber : Fnatic

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.