Dota 2 - Sistem Ranking Bermedal Kini Aktif, Tiada Lagi MMR

Kemaskini terbaru Dota 2 hari ini membawakan perubahan kepada sistem pemadanan pemain beranking (Ranked Matchmaking System) dengan merubah sistem bernombor MMR kepada sistem ranking medal.

Sistem terbaru ini akan digunakan sebagai bermusim dengan setiap musim berlanjutan selama enam bulan. Permainan kalibrasi akan digunakan pada untuk meletakkan pemain pada ranking yang bersesuaian dengan skill permainan mereka. Berbeza dengan sistem MMR, pemain yang telah mencapai sesebuah medal bermusim ini tidak akan ditarik semula medal tersebut sekiranya ranking mereka mengalami penurunan. Medal pada tahap  tertinggi yang diperoleh mereka untuk sesuatu musim masih boleh dipaparkan pada profil mereka walaupun ranking semasa mereka mengalami penurunan.

Terdapat tujuh tahap medal bagi sistem terbaru ini iaitu Herald, Guardian, Crusader, Archon, Legend, Ancient, dan Divine. Prestasi pemain di dalam permainan solo atau berparti akan mempengaruhi pemberian medal tahap baharu dengan permainan solo memberikan lebih impak kepadanya berbanding dengan permainan berparti.

Namun begitu, bagi memperoleh medal Ancient dan Divine, hanya permainan solo akan digunakan untuk menilai kelayakan pemain. Pemain dengan lima bintang pada medal Divine juga akan diletakkan pada papan pendahulu baharu yang akan memaparan kedudukan mereka pada sistem baharu ini. Nombor dan medal ini juga akan dipaparkan pada profil mereka di dalam klien Dota 2.


Sumber : Dota 2


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.