Digital Chaos dan FaZe Clan Tubuh Pasukan PUBG Masing Masing

Dua buah organisasi esukan hari ini mengesahkan kemasukan mereka ke arena permainan PlayerUnknown's Battlegrounds iaitu FaZe Clan dan Digital Chaos. Kedua dua organisasi tersebut telah mengambil alih pasukan sedia ada untuk bermain di bawah nama organisasi mereka.

Digital Chaos telah mengumumkan pengambil alihan pasukan Team PogChamp. Dibarisi oleh empat orang pemain, pasukan itu akan mewakili Digital Chaos pada kejohanan IEM Oakland Invitational 2017 pada minggu hadapan.

Pasukan FaZe Clan pula mengambil alih sebuah lagi pasukan yang akan bertanding di IEM Oakland iaitu pemain daripada pasukan Gorilla Core Esports. Pasukan itu telah menerima jemputan terus ke kejohanan IEM Oakland setelah mempamerkan prestasi cemerlang di rantau Eropah.

PUBG Invitational IEM Oakland 2017 akan berlangsung pada minggu hadapan dengan hadiah sebesar $200,000. Kejohanan dengan format berpasukan FPP (Perspektif Pandang Pertama). Digital Chaos dan FaZe Clan akan menentang pasukan pasukan seperti Team SoloMid, Team Liquid, Noble, Luminosity, Alliance, CLoud9, CGE, NInjas in Pyjamas, Evil Geniuses, Tempo Storm, Penta Esports dan Method Gaming  di kejohanan tersebut.

Digital Chaos PUBG:

  • Ewan ‘EwanHC’ Tindale
  • Joakim ‘Jokkizz’ Olsen
  • John ‘Awien’ Waltersson Brandell
  • Thyge ‘Fausto’ Nyborg

FaZe Clan PUBG:

  • Max "MeTor" Lion
  • Anssi "mxey" Pekkonen
  • Jere "Jembty" Kauppinen
  • Adrian "Haxete" Blom


Sumber : Digital Chaos / Dot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.