CS:GO Mulai Menggunakan Sistem Trust Factor Secara Lalai Bagi Memadankan Pemain

Counter Strike Global Offensive hari ini memperkenalkan sebuah kemaskini terbaru bagi permainan tersebut. Melalui kemaskini tersebut, permainan tersebut kini akan mulai memadan pemain menggunakan sistem Trust Factor secara lalai.

Sistem ini akan mengantikan sistem pemadan Prime yang dilancarkan pada tahun lalu. Menurut pasukan pembangun CS:GO, melalui ujian yang dijalankan oleh mereka, sistem baharu ini adalah lebih baik daripada sistem sebelum ini dan kebanyakan pemain menerima lebih sedikit laporan daripada pemain lain tanpa mengira status Prime mereka.

Sistem ini dibina selepas mereka bereksperimen memadankan pemain dengan mengira faktor kelakukan mereka di dalam permainan CS:GO dan platform Steam, masa yang diluangkan pada permainan CS:GO dan permainan lain di Steam, dan laporan menipu pada akaun Steam mereka.

Namun begitu, faktor keseluruhan yang digunakan sistem ini tidak akan didedahkan kerana pihak pembangun tidak mahu pemain terlalu rungsing memikirkannya. Selain daripada itu, faktor yang digunakan juga akan sentiasa dikemaskini dan berubah dari semasa ke semasa.


Sumber : CS:GO Blog / Trust Factor

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.