CJ Entus Tamatkan Kontrak Pemain Dan Staf Pasukan League of Legends Mereka

Organisasi League of Legends dari Korea Selatan, CJ Entus semalam mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak pasukan LOL mereka. Kesemua ahli pasukan termasuk staff kejurulatihan telah ditamatkan kontrak serta merta.

Namun begitu, post di laman Facebook mereka itu tidak menjelaskan tentang perancangan mereka sama ada untuk meneruskan perjalanan mereka di dalam dunia kompetitif atau berhenti selamanya.

Beberapa pihak merasakan bahawa pihak CJ Entus akan mengambil alih pasukan sedia ada yang telah melayakkan diri ke liga LCK.

Bekas pemain dan staf  pasukan LOL CJ Entus :

  • 'Vinylcat' Woo Chul Chae
  • 'Mokuza' Dae Woong Kim
  • 'Soul' Hyun Seok Seo
  • 'Racoon' Seong Ho Park
  • 'Winged' Tae Jin Park
  • 'Candy' Seung Ju Kim
  • 'Veritas' Kyoung Min Kim
  • 'Avenger' Seon Woo You
  • 'Pure' Jin Seon Kim


Sumber : CJ Entus

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.