Blizzard Umum Anugerah Dennis Hawelka Bagi Mengenang Jasa Beliau Pada Permainan Overwatch

Foto : Blizzard

Pada 8 November lalu, Team Liquid telah mengumumkan bahawa jurulatih bagi pasukan Overwatch mereka, Dennis "INTERNETHULK" Hawelka  telah meninggal dunia. Jurulatih dan bekas pemain dari Jerman itu terkenal kerana jasanya membangunkan komuniti dan arena kompetitif Overwatch dan membantu pemain pemain baharu permainan tersebut dalam usaha mereka menjadi pemain profesional.

Bagi mengenang jasa beliau, Blizzard mengumumkan The Dennis Hawelka Award (Anugerah Dennis Hawelka), sebuah anugerah khas untuk Liga Overwatch yang akan diberikan kepada pemain yang paling banyak memberikan impak positif kepada komuniti Overwatch. Angerah ini akan diberikan pada setiap penghujung musim Liga Overwatch.


Sumber : Overwatch League


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.