Bekas Pemain Newbee, Vasilii Digantung Sehingga Januari 2020 Oleh Riot

Pada bulan Oktober lalu, bekas pemain pasukan League of Legends Newbee, Li "Vasilii" Wei Jun dilaporkan telah melakukan keganasan domestik terhadap kekasihnya. Kejadian yang berlaku semasa belai melakukan strim itu menyebabkan paskan Newbee mengambil keputusan untuk memberhentikan kontraknya. Riot pula telah mengantung beliau daripada menyertai sebarang perlawanan kompetitif sehingga siasatan diselesaikan.

Kini, selepas melakukan siasatan terperinci dengan menebual Vasilii dan teman wanitanya secara atas talian dan bersemuka, pihak Riot mendapati bahawa Vasilii tidak memukul teman wanitanya dan tiada bukti menunjukkan sebaliknya.

Namun begitu, perbuatan Vasilii melakukan ugutan untuk memukul teman wanitanya adalah tidak bertanggunjawab sekaligus menjatuhkan hukuman pengantungan terhadap Vasilii. Vasilii akan digantung selama 20 bulan kompetitif (Januari - Oktober) iaitu sehingga permulaan musim kompetitif pada Januari 2020.

Dalam pada masa yang sama, Riot turut sama telah mengubah hukuman Perlakuan Ekstrem didalam Indeks Penalti Global daripada 10 bulan pengantungan maksimum kepada pengantungan tidak terbatas. 


Sumber : League of Legends

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.