Afreeca Freecs Umum Pembubaran Pasukan Overwatch Mereka

Afreeca Freecs, organisasi esukan daripada Korea Selatan baru baru ini mengumumkan pembubaran pasukan Overwatch mereka melalui laman Twitter.

Pasukan yang dibarisi oleh tujuh orang pemain itu pernah dianggap sebagai antara pasukan terbaik Overwatch. Namun begitu, prestasi mereka makin merudum dan hanya mampu memperoleh tempat ke-12 pada musim ke-4 Overwatch Apex.

Ketujuh tujuh orang pemain kini ditamatkan kontrak dan adalah agen bebas. Tiada maklumat lanjut diberikan tentang perancangan organisasi itu bagi permainan Overwatch. Para pemain yang dilepaskan juga tidak berkongsikan hala tuju mereka selepas ini.


Sumber : Dot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.