Adam 343 Meninggalkan Fire Dragoon - Bakal Kembali Sertai Pasukan Fnatic

Menerusi sebuah video oleh Fire Dragoon, Ketua Bahagian Esukan organisasi tersebut, Faizal mengesahkan bahawa pasukan DOta 2 Fire Dragoon akan melakukan beberapa perubahan dengan 3 daripada pemain asal pasukan tersebut telah meninggalkan pasukan itu.

Tiga orang pemain tersebut adalah Adam '343', Deth dan Syeonix. Adam meninggalkan FDG setelah menerima tawaran daripada pasukan Fnatic. Adam yang sebelum ini memegang jawatan ketuaa pasukan telah menyerahkan tugas tersebut kepada Ah Jit. Sebagai ketua bahar pasukan,Ah Jit telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Syeonix dan Deth daripada pasukan.

Justeru itu, barisan pemain bagi pasukan Dota 2 Fire Dragoon pada masa ini adalah Ah Jit, Yang, Alacrity, Brayant dan pemain baharu, Kang daripada pasukan WarriorGaming.Unity.

Bagi pasukan Fnatic pula, tiada sebarang pengumuman dilakukan pada ketika ini mengenai perubahan pemain yang bakal digantikan oleh Adam.

Kemaskini: Adam Disahkan Menyertai Fnatic sebagai Jurulatih

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.