Zotac Cup Premier - Kejohanan Dota 2 Untuk Amatur Terbaru Di Asia Tenggara



Zotac Cup Premier : Dota 2 SEA merupakan sebuah kejohanan terbaru daripada Zotac yang disasarkan kepada amatur bagi mengetengahkan bakat bakat baharu Dota 2 di Asia Tenggara. Kejohanan ini terbuka kepada pemain amatur dari seluruh Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Kejohanan ini akan dimulakan dengan enam siri kelayakan atas talian bagi memilih enam pasukan terbaik yang akan bertanding di acara utama yang akan di adakan di Thailand. Acara utama ini akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini bertempat di Pantip  Plaza, Bangkok.

Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD20,000 (~RM 85,000) dan juga hadiah USD1000 (~RM 4.200) untuk setiap pusingan kelayakan. Pusingan kelayakan bagi Malaysia akan diadakan pada pertengahan November ini. Bagi anda yang berminat menyertai kejohanan ini, sila layari laman Zotac Cup Premier bagi mendaftar.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.