Victoria Sembuh Dari Penyakit - Akan Kembali Bermain Untuk LGD Gaming

Chen 'Victoria' Guanhong, pemain bagi pasukan Dota 2 LGD Gaming dilaporkan telah sembuh daripada penyakit Pankreatitis Akut dan akan kembali bermain untuk pasukan itu. Pada awal Oktober lalu, beliau didedahkan telah meninggalkan pasukan itu untuk pulang ke kampungnya untuk mengubati penyakitnya.

Posisi beliau kemudiannya diisi oleh jurulatih pasukan iaitu Yao '357' Yi untuk kejohanan PGL Open Bucharest Minor. Dengan kembalinya beliau kepada pasukan itu, Victoria juga diumumkan akan bertukar posisi daripada posisi ke-4 kepada posisi ke-5 pasukan. Posisi ke-4 pasukan akan dimainkan oleh Yao "Yao" Zhengzheng.


Sumber : Cybersport

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.