Victoria Meninggalkan LGD Akibat Hidapi Penyakit Pankreatitis Akut

LGD Gaming menerusi laman Weibo telah mnegumumkan bahawa Chen 'Victoria' Guanhong telah meninggalkan pasukan itu akibat daripada beliau menghidapi penyakit Pankreatitis Akut. Beliau akan pulang ke kampung halamannya untuk berehat dan mengubati penyakit tersebut.

Posisi Victoria di dalam pasukan pula akan digantikan oleh jurulatih pasukan tersebut iaitu Yao '357' Yi buat sementara ini. Pankreatitis Akut merupakan penyakit yang menyebabkan keradangan pada pankreas. Ia boleh membahayakan nyawa namun peratusnya adalah kurang. Antara punca utama penyakit ini adalah pengambilan alkohol yang berlebihan.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.