Vasilii Ditamatkan Kontrak Oleh Newbee - Digantung Oleh Riot Selepas Melakukan Keganasan Domestik

Pemain pasukan League of Legends , Li "Vasilii" Wei Jun telah ditamatkan kontrak oleh pasukannya,Newbee selepas melakukan keganasan domestik terhadap kekasihnya. Kejadian tersebut berlaku semasa Vasilii melakukan penstriman permainan League of Legends. Ketika kejadian tersebut, Vasilii bermain dengan teruk dan mulai marah. Kekasihnya kemudiannya menasihatinya untuk tidak berasa marah semasa bermain. Beliau kemudiannya memarahi kekasihnya itu dan mulai memukulnya.

Vasilii telah ditahan oleh polis selepas kejadian tersebut berlaku selepas kekasihnya menhubungi pihak polis. Dalam pada masa yang sama, Riot telah mengeluarkan kenyataan rasmi dimana beliau akan disiasat dan telah digantung daripada menyertai apa apa perlawanan profesional, semi-profesional mahupun apa apa perlawanan kompetitif lainnya.

Sumber : RiotReddit

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.