Valve Menjelaskan Hak Menyiarkan Sesebuah Perlawanan Menerusi DotaTV

Baru baru ini beberapa orang penyiar di laman Twitch telah digantung selepas menyiarkan dan mengulas perlawanan rasmi daripada kejohanan Starladder i-League Invitational menerusi DotaTV. Hal ini menimbulkan kemarahan daripada komuniti kerana Valve secara khususnya telah menyatakan bahawa polisi video Steam membenarkan sebarang perlawanan di DotaTV untuk digunakan oleh semua orang.



Kini, bagi menerangkan lagi pendirian mereka di dalam isu ini, Valve telah memuat-naik sebuah artikel baharu bagi menjelaskan lagi polisi ini. Menurut Valve, sesiapa sahaja berhak menyiarkan dan mengulas perlawanan menerusi DotaTV namun, jika ia merupakan sebuah perlawanan rasmi daripada sesebuah kejohanan, penyiar haruslah melakukannya tanpa niat memperoleh keuntungan. Ini termasuklah dengan menyiarkan iklan semasa melakukan siaran ulasan mereka.

Namun begitu, polisi ini tidak memberikan lesen kepada sesebuah studio/penganjur untuk menyiarkan perlawanan yang dianjurkan oleh studio lain menerusi DotaTV walaupun tanpa niat untuk memperoleh keuntungan.


Sumber : Dota Blog

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.