Valve Bekerjasama Dengan Zowie - Akan Lancar Tetikus Khas Untuk CS:GO

Valve dan Zowie (BenQ) telah mengumumkan sebuah kerjasama khas dimana Zowie akan menghasilkan tetikus edisi khas untuk permainan CS:GO.

Tetikus edisi khas ini akan dihasilkan daripada siri tetikus EC-B yang baru sahaja dilancarkan oleh Zowie. Tetikus ini hadir dengar sensor 3600, memberikan pengalaman penggunaan tetikus yang berbeza dari tetikus biasa.

Selain daripada itu, tetikus ini juga hadir dengan suis kadar laporan USB (USB report rate) di bahagian bawah tetikus. Ini membolehkan pengguna mengubah tetapan dengan lebih mudah dan mampu melihat kadar laporan tetikus dengan senang.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.