Vainglory Buka Pendaftaran Untuk Akses Awal Mod Permainan 5 Lawan 5

Vainglory baru baru ini mengumumkan bahawa mod permainan 5 lawan 5 akan diperlihatkan secara rasmi pada kejohanan Vainglory World 2017 yang akan diadakan di Singapura pada bulan Disember ini.

Kini, para pemain boleh mendaftar minat bagi mendapatkan tempat pada program akses awal mod permainan tersebut. Akses kemudiannya akan diberikan secara rawak kepada pemain yang telah mendaftarkan. Pemain yang berjaya menjadi peserta program ini juga akan memperoleh lencana khas 'Founding 5V5' di dalam permainan Vainglory.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai ujian awal ini, anda boleh mendaftar di laman https://5v5.vainglorygame.com/ sekarang ini.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.