Unimas Anjur Kejohanan Dota 2 Bersempena Dengan CONFEST 2017



Universiti Malaysia Sarawak akan menganjurkan sebuah kejohanan Dota 2 bersempena dengan Festival Konvokesyen mereka untuk tahun 2017. Peringkat utama kejohanan akan berlangsung pada 7 sehingga 10 November 2017 bertempat di Dewan Kristal, BHEP, UNIMAS.

Pusingan kelayakan terbuka akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober ini di Gizmo Gamers eSports Arena, OneTJ ICT Shopping Complex, Stutong. Yuran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan dan pusingan kelayakan terbuka ini terhad kepada 32 buah pasukan sahaja.

Juara kejohanan akan membawa pulang hadiah sebesar RM1,000. Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, boleh layari laman pendaftarannya disini.


Sumber : Gizmo Arena

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.