Ujian Untuk PUBG Versi 1.0 Akan Diadakan Pada Minggu Hadapan - Hadir Dengan Mekanik Untuk Memanjat Baharu

Pasukan pembangun permainan PlayerUnknwon's Battlegrounds telah mengumumkan bahawa ujian umum untuk versi permainan 1.0 PUBG bagi platform pc akan dimulakan pada minggu hadapan di pelayan ujian rasmi. Bersama sama dengan ujian ini adalah salah satu perkara yang dinanti nantikan iaitu mekanik untuk melompat dan memanjat.

Dengan hadirnya mekanik baharu ini, pergerakan pemain akan lebih lancar dan pemain kini boleh melepasi sebarang halangan dengan lebih mudah dan pantas. Lebih 40 animasi pergerakan telah ditambah bagi menyesuaikan mekanik terbaru ini dengan pelbagai jenis jarak ketinggian halangan.

Selain daripada itu, kemaskini ini juga akan membawakan penambah baikan pelayan dan klien permainan. Akhir sekali, perubahan terhadap  balistik dan kaedah pemanduan juga akan turut sama hadir pada mingg hadapan. Ujian ini akan dilakukan untuk beberapa hari bagi membolehkan pemain menguji penambahan penambahan baharu ini dan melaporkan sebarang pepijat yang ditemui.

PUBG turut menyentuh bahawa mereka sedang giat berusaha untuk memerangi masalah aplikasi penipuan yang banyak digunakan kebelakangan ini. Mereka juga telah mengimplikasikan sebuah kaedah baharu yang lebih berkesan untuk mengesan dan menjejaki pengguna aplikasi penipuan.


Sumber : PUBG Steam Community

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.