TSM, Cloud9, CLG, OpTic Gaming dan Team Liquid Dilaporkan Telah Mendapat Slot Francais NA LCS

ESPN melaporkan bahawa beberapa buah organisasi telah memperoleh slot francais bagi liga LCS Amerika Utara (NA LCS) iaitu TSM, OpTic Gaming, Cloud9, CLG, dan Team Liquid. Organisasi organisasi yang diterima ini merupakan antara organisasi yang paling terkenal pada liga tersebut. Kesemua mereka menyertai liga tersebut semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2013 lalu.

Sementara itu, permohonan beberapa organisasi untuk memperoleh slot dilaporkan telah ditolak oleh Riot. Antaranya adalah Phoenix1, Team EnVy, dan Team Dignitas. Faktor kepopularan dan kestabilan organisasi dilihat mempengaruhi proses pemilihan sesebuah organisasi oleh Riot.


Sumber : Dot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.