TNC Tubuh TNC Philippine Holdings Bagi Membangunkan Arena Esukan Tempatan Di Filipina



Pemilik kepada organisasi esukan TNC Pro Team dan rangkaian kafe siber di Filipina, TNC (TheNet.com) telah mengadakan sebuah sidang media khas di Manila pada 10 Oktober bagi mnegumumkan penubuhan anak syarikat baharu mereka iaitu TNC Philippine Holdings.

Syarikat tersebut telah ditubuhkan bagi memfokuskan kepada pembangunan esukan dan melakukan penganjuran acara esukan tempatan di Filipina. Usaha ini akan diterajui oleh pengasas syarikat TNC iaitu Eric Redulfin dan akan dibantu oleh Lester Ryan Wong yang telah dilantik sebagai CEO TNC Philippine Holdings.

Di dalam sidang media tersebut, TNC turut sama mengumumkan perancangan mereka bagi memasuki dan menubuhkan pasukan didalam pelbagai lagi permainan esukan selain daripada Dota 2. Mereka juga merancang untuk melakukan pelbagai acara esukan bagi membangkitkan lagi dunia esukan di Filipina.

Akhir sekali, TNC juga berharap agar usaha mereka ini akhirnya akan sama sama membangunkan lagi esukan bukan sahaja di Filipina, malah di rantau Asia Tenggara. Mereka mahu menjadikan esukan sebagai sebuah industri yang mampu membantu anak muda di Asia Tenggara untuk bekerjaya di dalam arena esukan.


Pasukan Dota 2 TNC di sidang media tersebut - Foto TNC Pro Team


Sumber : Dot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.