The Pantheon - Pusat Esukan Pertama Di Malaysia



Pada tahun 2017 ini, esukan merupakan sebuah industri yang tidak asing lagi. Pelbagai negara telah pun mengiktiraf dan membantu pembangunan esukan di negara masing masing. Kini, sebah pusat esukan akan dilancarakan secara rasmi tidak lama lagi.

The Pantheon, pusat esukan pertama di Malaysia akan dilancarakan secara rasmi kepada umum pada pertengahan bulan Oktober ini. Terletak di The Square, One City, Subang Jaya, pusat ini akan menyediakan kemudahan lengkap bagi para peminat esukan untuk menikmati segala aspek esukan disini termasuklah permainan, pertandingan dan untuk menonton acara esukan.

The Pantheon akan dilengkapi dengan pelbagai perkakasan berprestasi tinggi untuk pelbagai platform permainan seperti konsol, pc, virtual reality, simulator dan permainan mudah alih. The Pantheon juga merupakan pusat pertama yang menerima perakuan daripada Nvidia sebagai pusat esukan bertaraf Platinum Geforce GTX Icafe pertama di Malaysia dan Esport ready pertama di Asia.




Sumber : The Pantheon

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.