Team Normandic Disingkirkan Daripada New Blood Championship Kerana Tidak Berasal Dari Asia Tenggara

Penganjur kejohanan New Blood Championships, Fallout Gaming dan Purpose Win Entertainment Limited (PWEL) hari ini dilaporkan telah menyingkirkan pasukan Nomandic daripada kejohanan itu dengan alasan bahawa Mongolia bukan sebuah negara yang termasuk di dalam rantau Asia Tenggara.

Hal ini menjadi isu kerana pasukan pasukan daripada Mongolia seperti The Mongolz sudah menyertai pelbagai kejohanan dan pusingan kelayakan lalu di rantau Asia Tenggara tanpa sebarang masalah. Pasukan pasukan dari Mongolia memilih Asia Tenggara kerana ia merupakan pelayan yang memberikan ping terpantas dan stabil berbanding dengan peayan lain seperti China dan Jepun.

Email daripada NBC kepada Team Normandic

Pihak penganjur Fallout Gaming dan PWEL masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusan mereka ini. Sebagai pasukan amatur, Team Normandic sudah tentu berharap agar dapat menyertai kejohanan ini untuk mendedahkan lagi mereka dengan dunia profesional Dota 2.

New Blood Championship merupakan sebuah kejohanan yang memfokuskan pada pemain amatur dan kesemua pemain profesional dilarang untuk menyertainya. Acara utama kejohanan pula akan diadakan di Jakarta, Indonesia. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak US$ 40,000.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.