Team Liquid - Juara Kejohanan Minor Pertama, Starladder i-League Invitational 2017

Foto : Starladder

Juara The International 2017, Team Liquid meneruskan penguasaan mereka apabila muncul sebagai juara kejohanan Starladder i-League Invitational 2017. Pada perlawanan akhir kejohanan tersebt, Team Liquid berhadapan dengan pasukan dari Asia Tenggara,iaitu Mineski. Ini juga merupakan kejuaran kedua berturut turut bagi Tram Liquid selepas menjuarai kejohanan Starladder i-League pada tahun lalu.

Perlawanan akhir bagi kejohanan minor pertama di dalam sistem Dota 2 Pro Circuit itu berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada Team Liquid. Sebagai juara, Team Liquid membawa pulang hadiah berjumlah $135,000 (~RM560,000) dan mata kelayakan sebanyak berjumlah 150.

Sementara itu, pasukan Mineski yang menjadi naib juara pula akan membawa pulang hadiah sebanyak $60,000 (~RM250,000) dan 90 mata kelayakan. Ini diikuti dengan pasukan ketiga dan keempat, iaitu Team Secret dan Complexity Gaming yang masing masing memperoleh $30,000 (~RM126,000) dan 30 mata kelayakan.





Sumber : Starladder

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.