Team Envy Tidak Mahu Ketinggalan - Turut Sama Tubuh Pasukan PUBG

Kebanyakan organisasi esukan ternama sudah mewujudkan pasukan PlayerUnknown's Battlegrounds masing masing dan terjun ke pulau Erangel untuk bertarung. Dengan lebih 2 juta pemain memainkan permainan PUBG sehari, Team Envy (EnVyUs) juga tidak mahu ketinggalan daripada menubuhkan pasukan mereka sendiri.

Team Envy hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mengambil alih pasukan Highground untuk bermain di bawah organisasi mereka. Pasukan itu dibarisi oleh  Alec "Czechshooter" Hobizal, Zachary "Venerated" Roach, Caden "Cad3n" Brill, Jesse "Jesselol" Enzsol dan pengurus pasukan, Christopher "BixLe" Dunbar.


Sumber : Team Envy

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.