Team Dignitas - Organisasi Terbaru Terjun Ke Erangel, Tubuh Pasukan PUBG



Dunia kompetitif permainan PlayerUnknown's Battlegrounds nampaknya masih kekal membangun dengan pantas apabila sebuah lagi organisasi esukan popular iaitu Team Dignitas menubuhkan pasukan PUBG mereka sendiri.

Melalui pengumuman yang dilakukan di laman web rasmi mereka, Team Dignitas telah mengambil  Peter "suntouch" Logan sebagai tungak utama pasukan PUBG ini. Suntouch yang baru baru ini menyertai organisasi itu sebagai seorang streamer merupakan bekas pemain profesional permainan Smite.

Bersama sama dengan suntouch, Dignitas turut mengamil rakan duo beliau, Florian "Liquidz" Bruyere sebagai ahli keda pasukan ini. Dignitas kemudiannya memilih  Martin "spajKK" Beneš yang baru baru ini memperoleh tempat keempat pada kejohanan PUBG Invitational di acara Gamescom.
Ahli terakhir pasukan ini pula ialah pemain dari Denmark, Asger "ZiphoN" Storgaard Høffner yang telah memenangi beberapa pertandingan PUBG atas talian.


Team Dignitas PUBG:

  • Peter "suntouch" Logan
  • Florian "Liquidz" Bruyere
  • Martin "spajKK" Beneš
  • Asger "ZiphoN" Storgaard Høffner


Sumber : Team Dignitas

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.