Syarikat Pengeluar Telefon Pintar OnePlus Kini Merupakan Penaja Kepada Fnatic



Fnatic hari ini dilihat telah mengemaskini gambar sepanduk di semua akaun laman sosial mereka dengan penambahan logo syarikat pengeluar telefon pintar iaitu OnePlus. Pada kemaskini tersebut, logo Oneplus telah diletakkan bersama sama dengan panaja penaja lain.

Kerjasama antara Fnatic dan Oneplus ini bermula pada pelancaran OnePlus 5 Slate Gray di United Kingdom yang telah dilakukan di Fnatic Bunkr, sebuah kedai esukan yang terletak di kota London. Kini kedua dua pihak nampaknya telah meluaskan lagi usahasama mereka dengan penajaan ini.


Paparan akaun laman sosial Fnatic yang telah dikemaskini.

Kedai esukan Fnatic Bunkr di London - Foto oleh Fnatic

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.