Steam Memperkenalkan Kad Hadiah Digital - Boleh Didapati Pada NiIai RM15, RM30, RM75, RM150 dan RM300

Steam hari ini telah memperkenalkan kad hadiah digital secara rasminya. Dengan hadirnya kad digital ini, pengguna boleh menghadiahkan rakan rakan mereka wang ke dalam akaun steam rakan mereka dengan lebih mudah lagi.

Kad ini boleh digunakan untuk membeli apa sahaja yang dijual di platform Steam, termasuklah permainan, perkakasan, perisian dan item di dalam sesebuah permainan. Kad hadiah digital ini boleh didapati pada nilai RM15, RM30, RM75, RM150 dan RM300.

Sumber : Steam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.