Skandal Atur Perlawanan, Ax.Mo dan Sonic Digantung Oleh UCC Selama 2 Tahun



Pada pertengahan bulan September lalu, seorang pemain pasukan DX, Roman "Scandal" Sadotenkov telah menuduh rakan sepasukannya mengatur perlawanan pada pusingan kelayakan World Cyber Arena (WCA) 2017. Selepas perlawanan antara pasukan DX dan Yellow Submarine, Scandal telah memuat-naik sebuah status di laman Twitter menuduh Dmitry "Ax.Mo" Morozov dan Leodin "Sonic" Kuzmenkov sengaja bermain dengan teruk untuk mengatur keputusan perlawanan.

Akibat daripada tuduhan tersebut, pengajur pusingan kelayakan WCA 2017 bagi rantau CIS, U Can Company (UCC) telah menghubungi Esports Integrity Coalition (ESIC) bagi menyiasat perkara tersebut. Hasil siasatan, pihak UCC dan ESIC telah mendapati bahawa kedua dua pemain yang dituduh bersalah mengatur perlawanan.

Pihak UCC telah mengambil keputusan untuk menghalang Sonic dan Ax.Mo daripada menyertai mana mana acara anjuran mereka selama dua tahun iaitu sehingga 10 Oktober 2019. Tiga lagi orang pemain pasukan DX, Dmitry "Monza" Morozov, Yakov "Dark" Grabar dan Roman "Scandal" Sadotenkov pula didapati tidak terlibat didalam kes tersebut dan bebas untuk bermain.

Pihak UCC juga telah menghantar segala bukti kepada pihak Valve untuk mereka menetukan sama ada mahu turut sama menghukum kedua dua orang pemain tersebut.


Sumber : Empire.gg

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.