Seoul Dynasty - Wakil Korea Selatan Di Liga Overwatch

Overwatch League hari ini mendedahkan sebuah lagi nama pasukan yang akan bertanding pada musim pertama Liga Overwatch iaitu Seoul Dynasty. Seoul Dynasty akan mewakili bandar Seoul di Korea Selatan didalam francais Liga Overwatch.

Menurut pemiliknya, Kevin Chou, logo harimau dipilih kerana ia merupakan simbol kebangsaan di negara Korea Selatan. Harimau mewakili kekuatan, keberanian dan nasib baik di dalam kepercayaan rakyat negara tersebut. Warna hitam mewakili elegan manakala emas yang dipilih pula melambangkan hubungan dengan keluarga diraja.

Sumber : Overwatch League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.