Rogue Bubar Pasukan Overwatch Selepas Gagal Peroleh Tempat Di Liga Overwatch




Liga Overwatch akan bermula pada penghujung tahun ini. Beberapa pasukan sudah pun mengumumkan nama baharu pasukan mereka seperti Shanghai Dragons dan Dallas Fuel. Rogue, sebuah organisasi esukan yang berpengkalan di Las Vegas hari ini telah mengumumkan pembubaran pasukan Overwatch mereka selepas permohonan mereka untuk menyertai liga overwatch musim pertama ini ditolak.

Walaupun telah melalui prosedur yang telah ditetapkan dan menyediakan wang kemasukan (buy-in) yang diperlukan, permohonan mereka telah ditolak oleh Blizzard. Justeru itu, Rogue mengambil keputusan untuk membubarkan pasukan Overwatch mereka agar pemain mereka boleh menyertai organisasi lain yang telah mendapat tempat di dalam Liga Overwatch musim pertama.


Rogue Overwatch :
  • Dylan 'aKm' Bignet
  • Terrence 'SoOn' Tarlier
  • Michaël 'winz' Bignet
  • Nicolas 'NiCO' Moret
  • Benjamin 'uNKOE' Chevasson
  • Jean-Louis 'KnOxXx' Boyer


Sumber : Rogue

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.