Rocket League Akan Memulakan Ujian Terbuka Bagi Sistem Mencipta Parti Menggunakan PsyNet

Psyonix hari ini mengumumkan bahawa ujian terbuka untuk sistem mencipta parti menggunakan PsyNet akan dimulakan pada minggu hadapan. PsyNet (Psyonix Network) merupakan sebuah sistem rangkaian yang membolehkan permainan antara platform di dalam permainan Rocket League dilakukan.

Setelah ujian ini berjalan, PsyNet akan menyegerakkan senarai rakan Steam secara automatik dan membolehkan pemain mencipta parti untuk bermain secara berkumpulan tanpa mengunakan sistem mencipta parti terbina dari Steam.Sistem ini hanya akan diuji pada platform Steam dan tidak melibatkan platform Xbox dan Playstation.

Menurut Psyonix, walaupun sistem ini hanya menyokong platform Steam pada ketika ini, ia adalah langkah penting bagi membolehkan kemungkinan untuk mencipta parti secara berbilang platform diwujudkan pada masa hadapan. Ujian ini akan dilakukan sepanjang bulan Oktober ini.

Paparan untuk menjemput rakan menyertai parti.

Sumber : Rocket League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.