Road To G-Star - Kejohanan PUBG Pertama Di Malaysia



Mineski Events Team dan Malaysia Master League (MML) telah mengumumkan sebuah kejohanan PlayerUnknown's Battlegrounds yang pertama kali akan diadakan iaitu Road To G-Star 2017. Ia merupakan sebuah kejohanan jenis kelayakan dimana pemenang tempat pertama akan memperoleh slot ke kejohanan utama yang akan dilakukan di Acara G-Star 2017 di Busan, Korea Selatan.

Kejohanan ini akan mempertandingkan format permainan berpasukan TPP (Perspektif Pandang Ketiga). Sebanyak 50 slot pasukan akan disediakan bagi kejohanan ini. Kejohanan akan diadkaan secara atas talian pada 21 Oktober 2017.

Global Game Exhibition G-STAR 2017 merupakan sebuah acara pameran permainan yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Permainan Korea (Korea Association of Game Industry). Ia akan diadakan pada 16 sehingga 18 November ini di BEXCO, Busan, Korea  Selatan.




Laman Pendaftaran : https://goo.gl/ke6fEC
Sumber : MML

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.