PUBG Beri Penjelasan Tentang Masalah Pelayan Mereka Kebelakangan Ini



Baru baru ini, ramai pemain permainan PlayerUnknown's Battlegrounds mengeluh mengenai masalah ketika memainkan permainan tersebut. Antara masalah yang sering dihadapi mereka adalah kegagalan untuk log masuk, masalah penyambungan yang teruk dan masalah pelayan tidak gagal berfungsi ketika bermain.

Justeru daripada itu, pembangun PUBG hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan punca masalah masalah tersebut terjadi. Menurut mereka, punca utama masalah ini terjadi adalah disebabkan peningkatan jumlah pemain mendadak. Bluehole pada mulanya menyasarkan 1 juta orang akan bermain permainan ini semasa program akses awal mereka berlangsung. Namun begitu, kepopularan permainan ini menyebabkan permainan ini terjual melebihi 10 juta salinan dan pernah melebihi 1.5 juta orang pemain memainkannya secara serentak pada satu satu masa.

Akibat daripada jumlah pemain yang terlalu tinggi, pihak pembangun telah menambah baikarkitektur servis mereka namun ia mangambil masa yang lebih lama berbanding jumlah pemain yang memainkannya. Mereka juga berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk menambahbaik pelayan mereka dan membaiki masalah yang sedang dihadapi ini.

Pasukan pembangun PUBG neminta maaf dan meminta para pemain untuk bersabar dan memberikan mereka sedikit masa untuk menyelesaikannya.

Sumber : PUBG

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.