PlayerUnknown's Battlegrounds Berkemungkinan Besar Akan Dihalang Di Negara China

Permainan terhangat di PC pada tahun 2017 ini, PlayerUnknown's Battlegrounds mungkin akan dihalang daripada dijual atau dimainkan di negara China mengikut laporan daripada China Audio-Video and Digital Publishing Association.

Menurut laporan tersebut, permainan PUBG terlalu ganas dan amat berkemungkinan besar untuk gagal mendapatkan lesen pengedaran. Permainan tersebut beretntangan dengan budaya yang mahu diterapkan oleh kerajaan China terhadap penduduknya. Pada ketika ini di China, permainan itu hanya diedarkan mengikut saluran tidak rasmi. 

Menurut SteamSpy, China pada ketika ini merupakan penyumbang terbesar peningkatan pemain PUBG di seluruh dunia. Jumlah pemain dari negara negara lain di luar Asia mulai menurun manakala jumlah pemain di Asia masih meningkat naik terutamanya di China.


Ramai penduduk China masih mahu mendapatkan permainan tersebut namun akibat daripada tiada pengedaran rasmi, ia adalah lebih sukar. Para pemain terpaksa memuat-turun menggunakan saluran tidak  rasmi yang perlahan dan kadangkala dihalang oleh pihak berkuasa.


Sumber : Bloomberg

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.