PlayerUnknown's Battlegrounds Dedah Perancangan Menuju Pelancaran Rasmi

Pembangun permainan PlayerUnknown's Battleground telah mengemaskini laman Steam mereka dengan beberapa info terbaru mendedahkan perancangan mereka bagi bersiap sedia untuk melancarkan permainan itu tidak lama lagi.

Bagi menepati jangka masa yang telah ditetapkan mereka iaitu penghujung tahun ini, ujian dalam sedang dilakukan bagi mencipta dan membangunkan perkara baharu termasuklah mekanisma memanjat dan melompat (vaulting), peta gurun, kenderaan baru dan ulang tayang 3D.



Mereka pada ketika ini memfokuskan pembangunan untuk platform PC dan versi Preview untuk Xbox. Bagi pembangunan pada PC, pembangunan sedang giat dilakukan bagi menstabilkan permainan tersebut agar sedia untuk dilancarkan. Sebuah ujian akan dilakukan seelum pelancaran bagi menguji beberapa perkara baharu didalam skala yang lebih besar daripada ujian dalaman.

Ujian ini akan dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan ujian mekasnisme memanjat dan melompat.Fasa kedua pula akan melanjutkan ujian yang sama namun dengan penambahan beberapa perkara baharu. Fasa terakhir pula akan melibatkan semua penambahan terbaru termasuklah peta gurun. Ujian ujian ini akan dilakukan sekurang kurangnya selama 2 sehingga 4 minggu. Pada ketika ini, mereka mensasarkan penghujung Oktober atau awal November sebagai permulaan ujian memanjat dan melompat.



Akhir sekali, nota bagi kemaskini terbaru permainan itu yang akan tiba pada hujung minggu ini juga telah didedahkan. Pelayan baharu dengan semua mod permainan telah ditambah bagi Korea Selatan dan Jepun. Mod permainan skuad FPP (Perspektif Pandang Pertama) juga akan ditambah untuk pelayan Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Oceania selepas sistem papan pendahulu dikemaskini.


Sumber : Steam / PUBG




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.