Pemain Terbaik Di ESL One Hamburg Bakal Membawa Pulang Sebuah Kereta Mercedes-Benz

Sebuah kereta Mercedes-Benz. Itulah hadiah yang bakal dimiliki oleh pemain terbaik di kejohanan ESL One Hamburg 2017. ESL telah mengumumkan bahawa penaja premium mereka, Mercedes-Benz akan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz bernilai €50,000 (~RM 248,000) kepada pemain paling bernilai kejohananan (MVP).

Pada kejohanan bertaraf major itu, seorang pemain akan dipilih sebagai MVP menerusi undian para peminat dan panel pasukan siaran. Undian akan dibahagiakan kepada 40% dari peminat dan 60% dari panel.

ESL One Hamburg akan diadakan di Barclaycard Arena, Hamburg, Jerman pada 29 sehingga 30 Oktober 2017. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $1,000,000 (~RM4.2 Juta) dan 1500 mata kelayakan. Lapan pasukan akan bertanding merebut gelaran juara major pertama didalam sistem Pro Circuit iaitu Team Liquid, Newbee, Evil Geniuses, SG E-sports, Fnatic, Keen Gaming, Team Secret, dan Virtus.pro.


Sumber: ESL

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.