Pasukan San Francisco Umum Barisan Pemain Bagi Pasukan Liga Overwatch Mereka



30 Oktober ini adalah tarikh penutup bagi tempoh pemilihan pemain untuk setiap pasukan bagi pembukaan musim pertama Liga Overwatch. Bagi musim pertama ini, Boston, Dallas, Houston, London, Los Angeles (Kroenke), Los Angeles (Whinston), Miami-Orlando, New York, Philadelphia, San Francisco, Seoul, dan Shanghai (Shanghai Dragoons) akan bertanding dil liga tersebut.

Pasukan San Francisco hari ini mengumumkan barisan pemain bagi pasukan mereka. Pasukan ini akan dibarisi oleh lapan orang pemain bagi musim pertama liga Overwatch ini. Senarai pemain tersebut adalah seperti berikut :

  • Nikola 'Sleepy' Andrews 
  • Dante 'Danteh' Cruz
  • André 'IDDQD' Dahlström 
  • Matthew 'Super' DeLisi
  • Andrej 'Babybay' Francisty
  • Daniel 'dhaK' Martinez Paz
  • David 'Nomy' Ramirez
  • Jay 'Sinatraa' Won 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.