Pasukan Pembangun Permainan CS:GO Umum Pengubahsuaian Peta Dust 2



Pasukan pembangun permainan Counter Strike : Global Offensive telah mengumumkan bahawa pengubahsuaian peta paling popular di dalam permainan tersebut, Dust 2 (de_dust2) sedang dilakukan. Menerusi laman Twitter, mereka memaklumkan bahawa peta serba baharu tersebut akan tiba pada kemaskini versi beta akan datang.

Tiada perincian diberikan mengegenai pengubahsuaian tersebut buat ketika ini. Peta Dust 2 merpakan peta paling banyak dimainkan di dalam permainan CS:GO. Bertemakan kawasan di Asia Barat, peta tersebutu emmerlukan pasukan pengganas meletakkan bom di salah satu daripada dua kawasan yang telah ditetapkan. Pasukan anti-pengganas puula akan cuba menghalang pasukan pengganas daripada meletakkan bom tersebut.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.