Pasukan Liga Overwatch Yang Dimiliki Oleh Team Envy Dinamakan Sebagai Dallas Fuel



Selepas nama bagi pasukan milik Netease, Shanghai Dragons diumumkan, kini tiba giliran bagi pasukan yang dimiliki oleh Team Envy mempersembahkan nama baharu pasukan mereka. Pasukan yang bertempat di Dallas, Texas itu telah diberi nama sebagai Dallas Fuel.

Logo bagi pasukan Dallas Fuel dilihat bertemakan api bersama sama dengan nama pasukan itu. Logo tersebut juga direka bagi memperlihatkan kepentingan Hersh Interactive Group yang telah melabur pada pasukan tersebut. Warna biru telah dipilih bagi menghiasi logo pasukan tersebut mewakili Team Envy yang digelar sebagai "Boys in Blue". Seperti mana Shanghai Dragons, Dallas Fuel turut sama memperlihatkan skin khas bagi pasukan itu.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.