Pasukan Liga Overwatch NRG Dinamakan Sebagai San Francisco Shock

San Francisco Shock, itulah nama baharu bagi pasukan Liga Overwatch NRG. NRG menjadi organisasi ketiga mendedahkan nama pasukan mereka selepas Shanghai Dragons dan Dallas Fuel. Logo yang diperlihatkan memaparkan perkataan Shock yang dihiasi dengan gelombang seismograf berwarna emas dibawahnya.



Warna jingga pada perkataan Shock mewakili warna ikonik jambatan Golden Gate Bridge yang terkenal di San Fancisco. Gelombang seismograf pula mewakili kejadian gempa bumi yangs ering berlak di bandar tersebut manakala warna emas mewakili era  gold rush yang berlaku di Caifornia pada tahun 1800-an.

Seperti mana organisasi lainnya, mereka turut sama memperlihatkan skin khas bertema warna pasukan iaitu Doomfist dengan rekaan bewarna jingga.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.