Ninjas in Pyjamas Tiba Di Erangel - Tandatangani Pasukan PUBG



Pulau Erangel nampaknya semakin meriah dari hari ke hari. Selepas pasukan Dignitas mengumumkan pasukan PUBG mereka beberapa hari lalu, kini giliran Ninjas in Pyjamas mengumumkan penyertaan mereka di dalam arena esukan PlayerUnknwon's Battlegrounds.

Ninjas in Pyjamas hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani empat orang pemain iaitu  Borg, Ekkz, Sweaterr dan Crunch. Sweaterr dan Crunch sebelum ini bermian bagi pasukan PUBG dibawah organisasi Cloud 9.

Dengan menghampiri 2 juta orang pemain serentak pada satu satu masa, PUBG sudah tentu menarik minat pelbagai organisasi untuk menubuhkan paskan untuknya. Pada ketika ini, antara organisasi yang telah mempunyai pasukan PUBG adalah Alliance, Team Dignitas, Luminosity, Cloud9, Team Liquid dan Team SoloMid.





Sumber : Ninjas in Pyjamas

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.