Ninjas in Pyjamas Menamatkan Kontrak Pasukan League of Legends Mereka

Foto : NiP

Ninjas in Pyjamas telah menerusi laman Twitter telah mengumumkan bahawa kesemua ahli pasukan League of Legends mereka telah ditamatkan kontrak dan kini merupakan agen bebas. Pasukan itu menamatkan European League of Legends Championship Series (EU LCS) di tempat terakhir pada kumpulan A.

Akibat daripada itu, pasukan itu telah diturunkan ke liga Challenger Series bagi membolehkan mereka menyertai kembali EU LCS. Pasukan ini dibarisi oleh Kim “Profit” Jun-hyung, Ilyas “Shook” Hartsema, Kim “Nagne” Sang-moon, Hampus “sprattel” Abrahamsson, Matti “WhiteKnight” Sormunen, Martin “HeaQ” Kordma dan Benjamin “Zhergoth” Sánchez.

NiP pada masa yang sama turut berkata bahawa pengumuman terperinci akan dilakukan dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut lagi.

Sumber : Slingshot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.