New York Yankees Memasuki Dunia Esukan - Melakukan Pelaburan Pada Vision Esports

Sebuah lagi kelab sukan tradisional memulakan langkah memasuki arena esukan. New York Yankees hari ini mengumumkan bahawa kelab itu telah melakukan kerjasama pelaburan pada syarikat Vision Esports, pemilik pegangan terbesar bagi tiga syarikat esukan iaitu Echo Fox, Twin Galaxies, dan Vision Entertainment.

Kedua dua syarikat akan bekerjasama mencipta dan menguruskan ketiga tiga syarikat esukan di bawah Vision Esports itu. Jumlah pelaburan yang dilakukan oleh New York Yankees tidak didedahkan kepada umum. Dengan pelbagai kelab sukan tradisional di barat mula melabur pada arena esukan, tidak mustahil trend ini akan menjadi ikutan kelab sukan di Malaysia.

Pada ketika ini di Malaysia, hanya Terengganu FA mempunyai pasukan esukan tersendiri. Kelab itu mengumumkan penubuhan kelab esukan FIFA mereka pada awal Oktober lalu.

Sumber : Forbes

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.