Mineski Juarai Kejohanan Minor Kedua - PGL Open Bucharest 2017

Kurang seminggu selepas menjadi naib-juara Kejohanan Starladder i-League Invitational di Kiev, pasukan Mineski terus mempamerkan penguasaan mereka dalam musim Dota 2 terbaru ini dengan menjulang kejuaraan kejohanan PGL Open Bucharest 2017.

Pada perlawanan akhir kejohanan bertaraf minor itu, pasukan Mineski langsung tidak memberikan peluang keapda lawan mereka, pasukan LGD Gaming untuk mencuri walau sebuah siri perlawanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan dari Asia Tenggara itu.

Sebagai Juara, pasukan Mineski membawa pulang hadiah wang sebanyak $130,000 (~RM548,000) dan 150 mata kelayakan untuk setiap pemain. Pasukan Mineski juga menjadi pasukan pertama memperoleh mata kelayakan untuk kali kedua di bawah sistem Pro Circuit. Mereka kini berada di tangga teratas papan pendahulu Pro Circuit.

LGD Gaming sebagai naib-juara pula membawa pulang hadiah sebanyak $65,000 (~RM274,000) dan 90 mata kelayakan setiap seorang. $30,000 (~RM126,000) dan 30 mata kelayakan pula menjadi milik pemenang tempat ketiga dan keempat kejohanan iaitu pasukan Evil Geniuses dan Immortals.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.