Mineski - Bos Besar Dota 2 Di Asia Tenggara Untuk Musim Ini?

Setelah mengambil pemain pasukan Faceless iaitu IceIceIce dan Jabz sebagai ahli baru, pasukan Mineski tampak garang dengan memenangi 4 kelayakan bagi kejohanan akan datang menewaskan pasukan pasukan lain di Asia Tenggara.



Pasukan Mineski yang diketuai oleh Mushi nampak teguh berada di puncak arena dota 2 di Asia Tenggara. Pada ketika ini, mereka telah melayakkan diri pada empat kejohanan bertaraf minor iaitu Dota Pit S6, Starladder Invitational 3, PGL Open Bucharest dan Perfect World Masters. Walau bagaimanapun, pasukan Mineski gagal melayakkan diri ke kejohanan bertaraf major, iaiatu ESL One Hamburrg setelah disingkirkan oleh pasukan Fnatic.

Walaupun hanya kejohanan bertaraf minor, setiap kejohanan adalah penting kerana berbeza dengan musim lalu, kejohanan pada musim ini akan memberikan mata kelayakan bagi membolehkan sesebuah pasukan itu menerima jemputan ke kejohanan The International 2018 kelak.

Pasukan pasukan lain di Asia Tenggara seperti TNC dan Fnatic masih gagal mencuri slot kelayakan daripada pasukan Mineski. Mereka perlu segera mencari cara untuk menewaskan pasukan Mineski dari terus menguasai rantau Asia Tenggara.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.