Mineski Batal Penyertaan Kejohanan Minor, AMD Sapphire Dota Pit Croatia 2017

Pemenang pusingan kelayakan DotaPit Minor 2017 dari Asia Tenggara, pasukan Mineski telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa membatalkan penyertaan mereka pada kejohanan tersebut. Menerusi sebuah status di laman Facebook, Mineski menyatakan bahawa salah seorang permain mereka terpaksa menghadiri sebuah urusan keluarga yang penting, menyebabkan keputusan tersebut terpaksa diambil.

Buat ketika ini, pihak penganjur DotaPit masih belum mengumumkan penganti kepada pasukan tersebut. Namun begitu, pasukan Fnatic dijangka akan mengisi kekosongan tersebut setelah menjadi naib juara pada pusingan kelayakan tempoh hari.

Sumber : Mineski

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.