Liga LCS Eropah Bakal Kembali Kepada Format BO1 - Francais Akan Tiba Pada Tahun 2019

Riot hari ini telah mengumumkan beberapa perubahan yang akan dilakukan bagi Liga LCS Eropah bagi tahun 2018. Bagi membolehkan tujuan utama mereka, iaitu mencipta sebuah liga yang stabil bagi jangka masa yang panjang berjaya dilakukan, Riot kini akan memfokuskan kepada sebuah sistem dimana para pemain, pasukan dan Riot sendiri mampu mencapai kejayaan bersama demi masa depan semua pihak.

Pertama sekali, Liga LCS Eropah bermula Musim Bunga 2018 akan kembali kepada format sebuah liga dengan pusingan robin berganda dengan perlawanan terbaik didalam satu siri (BO1). Keputusan ini diambil selepas kajian dijalankan menunjukkan bahawa para penonton lebih kerap terlepas menonton perlawanan yang diadakan di dalam format terbaik didalam tiga siri.

Kemudiannya, Riot telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan penaiktarafan dan penuruntarafan pasukan bagi LCS Eropah musim Bunga 2018. Ini bagi membolehkan pasukan merancang pelan pelaburan mereka di dalam pasukan dengan lebih selamat.

Riot juga telah mengambil keputusan untuk menghentikan Siri Challenger dan mengantikannya dengan kejohanan tempatan yang melibatkan pasukan pasukan di negara mereka. Pasukan pasukan terbaik kemudiannya akan dibawa untuk menyertai sebuah kejohanan khas yang akan dilakukan sebanyak dua kali setahun.

Akhir sekali, Riot mendedahkan bahawa mereka merangcang ntuk memperkenalkan kerjasama francais untuk Liga LCS Eropah pada tahun 2019 kelak. Maklumat lanjut mengenai peralihan ini akan diumumkan kelak.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.