League of Legends Bakal Mengadakan Konsert Khas Bersempena Dengan World Championship 2017

Sebuah konsert khas akan diadakan bersempena dengan kejohanan World Championship 2017. Konsert yang dinamakan sebagai  League of Legends Live ini akan melibatkan beberapa artis antarabangsa akan diadakan sehari sebelum pusingan akhir World Championship 2017 berlangsung iaitu pada 3 November (7.30 p.m).

Konsert yang akan diadakan di Beijing National Aquatics Center (Water Cube) ini juga akan disiarkan secara langsung. Berikut merupakan senarai artis yang akan membuat persembahan di konsert tersebut :


  • Alan Walker
  • Mako
  • Pentakill
  • The Crystal Method
  • Yundi
  • PG One
  • Nicki Taylor
  • Lunity
  • Albert Chang of sleightlymusical
  • TJ Brown
  • Rainbow Chamber Singers
  • DJ Xu Meng Yuan
  • The Hollywood Chamber Orchestra
  • dan banyak lagi...


Konsert ini juga akan mempersembahkan muzik daripada permainan League of Legends seperti Get Jinxed, Pentakill, DJ Sona, Warsongs, Star Guardian, The Curse Of The Sad Mummy dan banyak lagi. Siaran langsung akan diadakan di watch.na.lolesports.com dan Facebook.com/leagueoflegends.

Sumber : League of Legends

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.